Wednesday, April 11, 2012

#dari teman utk teman#

Untuk teman2 seperjuangan, siapa sahaja, yang hatinya telah ALLAH sisipkan perasaan indah yakni suatu kesedaran untuk berubah menjadi muslim yang lebih baik dan lebih benar, ketahuilah bahawa itu suatu HIDAYAH yang AMAT BERHARGA. Bukan semua insan mempunyai perasaan itu, sekurang-kurangnya pada ketika ini.

Seandainya bersama perasaan dan semangat ingin berubah itu, kamu merasa lemah dan ragu untuk memulakan langkah pertamamu, sedarlah bahawa setiap orang pasti merasai sukarnya langkah pertama. Tapi, tanpa langkah pertama kita tidak akan berubah! Manakan mungkin tumbuh pohon yang kukuh andai kita tidak mula menggembur tanah dan menanam biji benih. Manakan mungkin lahir individu muslim yang benar andai kita tidak mula membentuknya dalam jiwa dan iman kita.

Ketahuilah, aku dan saudara-saudara kita yang lain juga pernah merasakannya dulu. (Majoriti) Siapa sahaja yang engkau lihat hebat dengan Islam sekarang, pernah merasai sukarnya memulakan langkah pertama untuk berubah itu. Kita sudah dibesarkan dalam kejahilan dan kemaksiatan yang telah menjadi norma masyarakat kita. Kejahilan dan kemaksiatan seakan sebati dengan kita. Kita tidak mengenal apa itu Islam yang sebenarnya dan apa itu ALLAH yang sebenarnya sehinggalah Dia memilih kita. Maka sambut dan syukurilah perasaan itu agar ia subur dan tidak mati kerana andai diabaikan ia pasti akan berlalu, padahal kita akan ditanya di Akhirat kelak tentang hidayah yang telah Dia kurniakan itu.

"Allah xkan mengubah sesuatu kaum selagi mereka tdk merubah diri mereka sendiri"



akan sentiasa tersemat di hati:)

No comments: